Thursday, September 17, 2009





MELAYU MASUK KEAHLIAN DAP?

Teressa Kok ADUN Kinrara dalam blognya menyatakan dengan bangganya membuktikan sokongan PAS dan PKR membolehkan orang Melayu menyertai DAP. Indera Bayu pertikaikan, Melayu jenis apakah akan mendaftar jadi ahli DAP tu? Tu Melayu pengkhianat bangsa dan agama namanya. Kalau malayu yang sayangkan bahtera yang selama ini menyelamatkannya, sepatutnya dia perbaiki bahtera tersebut, atau sekurang-kurannya melantik nakhoda yang baru yang lebih mahir mengendalikan bahtera tersebut. Bukannya turut sama membantu pengkhianat bangsa yang lain, menebuk dan meruntuhkan bahtera yang ada. Kalau melayu sayangkan bahteranya, tidak mungkin ia berpihak kepada lanun yang datang menceroboh bahteranya. Melayu yang sejati akan menentang penceroboh habis-habisan, walau dgn keris pendek sekali pun.

Melayu yang menjadi ahli DAP adalah melayu yang menghancurkan negaranya sendiri. Sejarah pernah menceritakan bagaimana orang melayu sendiri telah membantu Portugis menawan negeri Melaka pada tahun 1511. Walaupun sekadar tukang buka pintu gerbang kota sahaja. Begitu juga kajian sejarah menunjukkan kejatuhan negeri Melaka juga disebabkan peranan pengkhianatan yg dilakukan oleh pengkhianat tempatan. Memetik penulisan sejarah artikel yang agak menarik oleh SERATAH (seratah.blogspot.com) dalam blognya. Menurut beliau:

Melaka jatuh ke tangan Portugis dengan beberapa sebab seperti.

1.
Pemimpin Yang Leka dan Abaikan Negara dan Agama.
2. Pentadbiran Kerjaan Kurang Bijaksana berbanding Tun Perak.
3. Laksamana Laut Melaka Kurang Beri Tumpuan Kapada Tentera dan Stategi.
4. Rasuah Berlaku Berleluasa.
5. Perpecahan sesama Melayu, India Muslim, Puak Tua dan Puak Muda.
6. Pengkhainatan Oleh Rakyat Tampatan dan dibantu oleh Orang Luar.


“Bukan enam sebab sahaja yang menyebabkan Melaka jatuh tetapi banyak lagi sebab-sebab lain, tetapi ini dikira sebagai sebab yang besar yang menyebab kejatuhan Melaka, daripada enam punca kejatuhan Melaka itu tiga yang palin besar, seperti yang ke empat hingga ke enam.

Yang ke empat merupakan, rasuhan yang berlaku berleluasa di zaman itu, pemimpin dan ketua-ketua sudah tidak ada amanah menjaga Negara, mudah di beli akhirnya negara tergadai. Apabila perpecahan berlaku sesama Melayu berpuak-puak, dan gulungan tua dan muda sudah tidak sehaluan, sangat mudah bagi musuh untuk mencari kelemahan dan kekuatann kita.

Sebab yang terbesar sekali adanya pengkhianatan dari kalangan anak tempatan dan juga bersam-sama dengan orang luar untuk membantu musuh bagi menakluki negara sendiri.

Kita dilihat bagaimana peranan orang-orang cina yang memberi pertolongan kapada Portugis dengan cara membenarkan tongkang-tongkangnya digunakan oleh Portugis untu menyerang Melaka, orang cina sudah mula khianat kapada negara ini semenjak penaklukan awal lagi, malah sehingga ke hari ini, cuma berbeza caranya dan tindakannya sahaja.

Kalau pada 1511 orang cina dan rakyat tempatan seperti si kitur dan Raja Mandalia menjadi pengkhainat kapada negara dan bangsanya akhirnya Melaka jatuh ketangan musuh
Kalau kita meneliti faktar yang ada, dapat kita buat analisa, pada tahun 1511 jatuhnya Melayu disebabkan pengkhianatan oleh rakyat tempatan dan kerjasama orang luar (pendatang) ketangan Portugis, tak mustahil apa yang sedang berlaku sekarang Melayu dan Islam akan jatuh
ketangan musuh, kerana adanya kerjasama diantara orang melayu sendiri dengan kaum pendatang yang lupa diri yang tidak berterima kasih diatas kebaikan orang melayu yang memberi mereka hidup di negara ini dan mendapat berbagai keistimewaaan

Orang melayu perpecah sesama sendiri yang akan mengundang ke jalan kehancuran, orang melayu berpecah kepada beberapa kelompok seperti; orang melayu dalam UMNO, PAS,DAP,
PKR, GERAKAN, PPP, antara orang melayu dalam UMNO dan PAS serta PKR berpecah sahingga sudah tidak boleh duduk bersama, bagi mencari satu jalan penyatuan demi kepentingan Negara dan Ummah.

Hari ini penduduk Melayu di semenanjung bukan majoriti lagi, dan berlaku perpecahan yang sangat ketara, jadi tidak mustahil apa yang berlaku pada zaman Melaka 1511 akan berlaku pada orang Melayu kini. Sejarah akan berulang. Kita harap perkara sebegini tidak akan berlaku Dan kita harapkan agar Melayu dan Islam dapat dipertahankan....”

Begitu juga melayu islam yang sayangkan agamanya. Kalau dia sayangkan agamanya, buat apa dia berwala`kan orang kafir. Buat apa dia menjadikan kafir harbi sebagai nakhodanya? DAP terang-terang tidak setuju dengan perlaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS. Pemimpin DAP sangat terang menolak sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam. Bahkan terang-terang menunjukkan penentangan terbuka. Kenapa pulak ada orang Melayu daftar jadi ahli DAP?.

Tidakkah PAS ingat, setiapkali pilihanraya mereka bacakan suroh Al Imron ayat 28 yang bermaksud:

“Tidak sayugia orang mukmin mengangkat orang kafir sebagai pemimpin dengan meninggalkan orang mukmin dan barangsiapa yang melakukan demikian (yakni mengangkat orang kafir sebagai pemimpin, maka ia bukanlah dari golongan Allah......”

Ayat tersebut meletakkan garis panduan kepada org Islam bagaimana untuk memilih pemimpin. Bagi pengundi Islam, PAS mengingatkan sekiranya ada calon pilihanraya yang bertading terdiri daripada calon islam dan calon bukan islam, maka pilihan wajib diberikan kepada calon Islam. Dalam hal ini sememangnya diketahui umum bahawa calon yang bukan islam adalah dari parti komponen Barisan Nasional, sementara lawannya pula biasanya daripada PAS dan beragama Islam.

Syarah dari ayat tersebut, PAS menjatuhkan hukum haram bagi org islam yg mengundi calon bukan islam dalam pilihanraya. Malah hukum haramnya itu boleh menjurus kepada cacat akidah.

Dalam hal ini memang PAS memfokuskan kepada amalan politik pemimpin UMNO yang bukan sekadar melantik org yg bukan islam sebagai pemimpin, bahkan bersekongkol dengan mereka dalam memerintah negara ini.

Bukan tujuan kita nak mempertikaikan ayat Allah swt yg dinyatakan tadi tetapi merujuk kepada amalan politik PAS sendiri. Pada satu sisi menjunjung ayat tadi, lebih menunding salah kepada orang lain sedang pada sisi yg lain sangat bertolak-belakang dengan ayat tersebut.

Dalam pilihanraya 1995 PAS telah bersekongkol dgn DAP walaupun tidak begitu rasmi. Tetapi dalam pilihanraya 1999, PAS telah membentuk kerjasama yg rasmi dan sangat akrab dengan DAP. Dalam pilihanraya 1999, PAS telah memberikan sokongan kepada calon bukan Islam dari DAP.

Contoh lebih jelas lagi, kemenangan calon DAP di DUN Triang, Pahang adalah sumbangan undi daripada ahli dan penyokong PAS. Ini telah diakui sendiri oleh Saudara Dr.Abd Wahab Hj Ismail selaku Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, dalam Harakahdaily.com, lidah rasmi PAS bertarikh 23 Ogos 2001. Dan di Pahang, bukan sahaja Dr Abdul Wahab mengeluarkan kenyataan tentang keakraban itu, tetapi juga Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman, bekas Pesuruhjaya PAS Pahang turut merakamkan rasa sedih apabila DAP mengistiharkan keluar daripada pakatan pembangkang Barisan Alternatif.

Jadi, kemana perginya hujah ayat Quran yang diketengahkan sebelum ini dalam isu melantik dan bersekongkol dengan orang bukan Islam bagi memerintah negara.? Kalau beginilah teruknya DAP , PAS kenapa kita masih beri sokongan dan memberi harapan kepada mereka. Melayu mana yang sanggup tunjuk warna, duduk di barisan DAP, berkorban merealisasikan matlamat, missi dan visi orang-orang China yg fanatik mengambil alih tadbir negara ini, menolak ketuanan Melayu, menghapuskan keistimewaan Islam dan orang melayu. Kita tunggu dan lihat, siapakah melayu itu?


Saturday, August 29, 2009

KEMENANGAN YANG DIRIDHOI......

KEMENANGAN YANG DIRIDHOI......

Oleh : Indra Bayu

Kita telah pun berada pada 10 hari pertama bulan Ramadhan Al Mubarak. Pertama dan utama sekali, kita mesti bersyukur kehadrat Allah swt kerana Allah telah memilih kita untuk meneruskan kehidupan melalui bulan yang penuh berkah ini.

Kalau tak salah, dalam sebulan dua ni ada saja berita pemergian sedara mara kita kehadrat Allah swt, hingga kadangkala membuatkan kita rasa tersentak dan sangat terkejut. Macam susah nak percaya. Asbabnya meninggal kerana sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, stroke, dan yang terbaru, kerana jangkitan penyakit selsema babi. Seolahnya maut terasa semakin mengintai manusia dimana dan pada bila masa sahaja.

Namun, yang pergi tetap pergi, tidak akan kembali lagi. Mereka telah ditakdirkan untuk tidak sempat melalui bulan yang mulia ini, walaupun dulunya mereka sering berdoa supaya dipanjangkan usia. Allah lebih sayangkan mereka. Ramadhan tahun lepas adalah ramadhan yang terakhir untuknya. Tarawikh tahun lepas adalah tarawikh yang terakhir dalam hidup mereka. Sapa sangka......

Kita ni, alhamdulillah, masih sihat dan masih mampu melaksanakan ibadah puasa, mengisi bulan ini dengan sebanyak-banyaknya amal kebajikan dan mendekatkan diri kehadrat Allah sawt. IB nak ingatkan diri dan saudara seperjuangan semua....,janganlah kita sia-siakan peluang yang dianugerahkan Allah ini. Sapa tahu, mungkin ramadhan tahun ini, merupakan ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Sebab itu, rugilah kita kalau kita masih berdegil dengan malasnya kita untuk memperbanyakkan amal-amal soleh di bulan yang mulia ini.

Selepas 10 hari menjalankan ibadah puasa nanti, kita akan menyambut pula hari kemerdekaan yang 52 Tahun. Pasti ada hikmah yang besar, mengapa Allah swt mentakdirkan rakyat Malaysia dan umat islam khususnyam sambutan tersebut pada 10 malam pertama bulan Ramadhan. Rasulullah saw menyatakan bahawa:

“Awal Ramadhan itu adalah Rahmah, pertengahannya Magfirah (keampunan) dan diakhirnya nanti terlepas dari azab api neraka...”

Pertamanya, selain kita merayakan hari kemerdekaan, terlebih dahulu kita mesti merdekakan jiwa kita dari penjajahan hawa nafsu, kesyaitanan dan kehaiwanan serta kesenangan duniawi semata. Selama 11 bulan kita makan yang lazat, minum yang enak, tidur yang lena, adakalanya kita tidak hiraukan balu dan anak-anak yatim piatu. Sebab itu Ramadhan ini datang terlebih dahulu. Apaguna kita merdeka dari segi fizikal, tetapi dalam masa yang sama, jiwa kita dijajah oleh rasa tamak haloba, bersikap rakus. Suka menipu, merampas hak orang lain, membinasakan orang lain dan sebagainya.

Pada ambang Ramadhan yang lalu, dunia menyaksikan pilihanraya kecil Kampung Permatang Pasir. Semuanya sudah berakhir. Kita menerima kekalahan itu dengan redho atas takdir Allah. Mungkin ada hikmahnya, mereka yang kalah harus bersabar dan redho menerima ketentuan. Mereka telah berusaha, jentera UMNO juga telah bertungkus-lumus, cuba untuk menang dan merampas kerusi tersebut dari PAS. Bagi mereka yang menang, tahniahlah.......itu juga ujian buat mereka yang menang. Kotakanlah janji sepanjang kempen tersebut. Indera Bayu rasa sangat kecewa terutama setelah mengenalpasti kekalahan UMNO dan kemenangan yang diperolehi oleh PAS dan kompenen Pakatan Pembangkang. Indera Bayu beranggapan kemenangan PAS itu adalah kemenangan yang palsu. Kemenangan yang fatamorgana. Menang sorak, kampung tergadai.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir telah berakhir dan keputusannya jumlah undi PAS turun walaupun memenangi dengan majoriti 4,551 undi. PAS berjaya memperolehi 9,618 undi manakala BN pula meraih 5,067 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 12, PAS memperolehi 11,004 undi mengatasi BN yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433 undi.

Jika ditolak jumlah majoriti yang diperolehi PAS pada PRK Permatang Pasir iaitu 5,443 undi dengan majoriti yang diperolehi PAS semasa PRU 12 iaitu 4,551 undi, bermakna terdapat turun penurunan sebanyak 882 undi.

Manakala jumlah undi PAS terdapat penurunan sebanyak 1,386 undi jika dibandingkan keputusan PRU 12 mendapat 11,004 undi dan hanya 9,618 undi pada PRK Permatang Pasir.

BN pula mendapat 5,571 undi pada PRU 12 dan 5,067 undi pada PRK Permatang Pasir bermakna penurunan sebanyak 504 undi.

Tengok darisegi angka, nampaknya dah ada signal yang positif, ada angin perubahan yang sedang melanda pengundi-pengundi kita. Mereka dah mulai sedar Pakatan Rakyat berjuang untuk menang dan melengkapkan agenda segelintir pemimpin mereka. Kalau tidak, takkanlah sebanyak itu berlaku penurunan undi.

Sebelum menjelang pilihanraya kecil yang lalu, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Mursyidul `am PAS, Dato` Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam pilihanraya kali ini, jangan hentam pribadi calon. Tapi, apa yang telah berlaku?

PAS dan Pakatan Rakyat telah melanggar arahan ini, mereka menghalalkan gerak kerja ala-Zionis, yakni matlamat menghalalkan cara, demi kemenangan Islam, perkara yang haram akan jadi halal. Mahfuz dan kuncu-kuncunya telah menyerang pribadi Rohaizat habis-habisan. Mereka membuka aib calon, hinggakan kisah rumahtangga, isteri kedua Rohaizat diseret ke atas pentas kempen politik supaya memenangkan satu-satunya HIZBULLAH atas muka bumi ini. Mengaibkan sesama muslim itu jelas hukumnya haram. Rasulullah saw menyatakan:

Barangsiapa menutup aib seorang muslim lain, Allah swt akan menutup aibnya di akhirat nanti...”

Begitu juga Rasulullah saw pernah bersabda, yang bermaksud;

“Barangsiapa membuka aib saudaranya, sedangkan saudaranya itu telah bertaubat dari dosanya, Allah tidak akan matikannya kecuali dia mati dalam keadaan melakukan apa yang diaibkannya terhadap saudaranya itu...”

Indera Bayu bukan nak sangat bercakap soal politik PAS yang semakin hari semakin mengelirukan masyarakat. Kenapa Haji Hadi dan Nik Aziz tunduk dengan cara gerakan Anwar Ibrahim ni...sedangkan ada Quran Hadis yang boleh jadi kayu ukur, betul atau tidak sesuatu tindakan yang dilaksanakan atas namakan ISLAM?. Kemenangan PAS tidak berkat, kerana apa? Kerana kemenangan yang dibina diatas menghalalkan larangan Allah taala.

Jadi, Ramadhan merupakan bulan dimana umat Islam meniti dan mengharungi tangga-tangga menuju puncak kemerdekaan yang hakiki: Rahmah, Magfirah dan Itqub minan Nar (terlepas dari api neraka Allah).

Keduanya, bukan sekadar nak merdeka fizikal, tetapi merdeka dari belenggu prilaku, akhlaq mazmumah (tercela). Apaguna merdeka tanahair dari penjajah tetapi akhlaq dan perangai kita sombong, ego, irihati, dengki, mementingkan diri sendiri, bakhil, kedekut, berbalah, bermusuh, berpecah, sesama mereka saling mencela, mengumpat, mengadu domba dan lain sebagainya. Sebahagiannya sanggup menjual kemerdekaan negara kepada musuh asalkan dapat merampas kepimpinan. Apabila tidak puas hati, ramai-ramai turun ke jalanraya, terjerit terpekik, bakar dan musnahkan apa yang ada. Ini kah kemerdekaan?. Bukankah itu akhlaq penjajah. Buat apa kita suburkan perangai penjajah?

Ketiganya, kita juga mesti merdekakan diri/bangsa dari budaya dan pandangan hidup HEDONISMA (serba seronok). Apaguna negara merdeka tetapi pemuda-pemudinya bejat; suka bergaul bebas, merempit, gangster, membazir masa dan wang, semata memburu keseronokan dunia secara berlebih-lebihan. Rasuah dipertahankan, manakala kebaikan dibunuh. Apatahlagi, mereka membuang langsung budaya Melayu Islam dan menggantikannya dengan cara hidup dan budaya penjajah. Ini bermakna kita masih belum merdeka dalam ertikata yang sebenarnya.

Indera Bayu akan memperkatakan terus mengenai agama dan politik, berbicara mengenai cara menyambut kemerdekaan yang dianjurkan Islam. Bertemu lagi di blog ini, pada kesempatan yang lain.

Tuesday, August 11, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTA

Ni......pasei apa suka duduk menyendiri ni..Kak ju kite, salah sorang urusetia bahagian yang menjadi nadi kerja-kerja bahagian.....selamat majujaya...
Mana godong-godong lain ni.......turut hadir di majlis perasmian

Bacaan Al Quran oleh Qori jemputan

Bacaan doa oleh Ketua Biro Agama UMNO Bahagian Indera Mahkota.......doanya bolehlah dimuatkan dalam blog ni, supaya kita hayati bersama....Amin

Dimana saja, agenda pembangunan rakyat tetap menjadi matlamat


Tahniah dan selamat meneruskan perjuangan
Pagi yang sibuk........

Fokus kita memenangi hati rakyat di Indera Mahkota

Setiausaha UMNO Bahagian Indera Mahkota yang berpengalaman

Tak kira penat lelah dalam perjuangan..........



Ucapan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota yang menyuntik semangat, menyedar realiti dan tanggung jawab bersama.........

Tugas dan peranan urusetia bahagian yang tidak kurang penting

Tokoh kepimpinan putri yang sedang menanjak naik dipersada politik, pengalaman yang luas dalam politik.......watch out with ur smile!

Tokoh yang punya pengalaman luas dalam politik, sifat keibuan dan tawadhu`menjadikannya dihormati kawan, dicemburui lawan.


Senyuman dan tawa itu menghilangkan penat setelah berjuang........ye ke?





Blog mana nak dimasukkan gambar kami ni....?



Ketua wanita UMNO Pekan



Ketua-ketua cawangan yang hadir

Barisan hadapan.....

nak mula dah ni......

pentas acara

Apa khabar semer.......
Beramah mesra dengan perwakilan yang lain........

Bonda bersama Qori jemputan

Dah sampai dah.....
perwakilan yang hadir
Bonda mera`ikan perwakilan yang hadir

Orang kuat kite, En Rahman Muhammad mewakili AJK UMNO Bahagian Indera Mahkota

perjuangan masih perlu diteruskan

Mengambil berat dengan permasalahan parti dan negara

Sidang perwakilan yang hadir

Dato`Su tidak lupa mera`ikan yang hadir, sikap rendah diri beliau membezakan beliau dari pemimpin yang lain.


PERASMIAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTA KALI KE ENAM

oleh Indera Bayu

Pagi lagi Indera Bayu dah sampai diperkarangan kompleks pusat dagangan Indera Mahkota. Kelihatan wanita UMNO sedang bersarapan di ruang yang telah disediakan. Kelihatannya, pada riak-riak wajah mereka penuh optimis, semangat kental memperjuangkan parti, agama dan bangsa. Memang sejak dulu lagi, Indera Bayu difahamkan Pergerakan Wanita UMNO dibawah pimpinan YH Dato` Hjh Ramlah Kassim begitu aktif dan usaha mereka banyak menyumbang kepada kemenangan BN di Indera Mahkota. Pendek kata, usaha pergerakan wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota tidak boleh dipandang kecil. Bahkan usaha pergerakan mereka menentu dan mencorakkan lanskap kesinambungan Barisan Nasional.

Sebaik Ybhg Encik Azmi, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota sampai, perwakilan berdiri, berselawat dipandu oleh bonda Aziza Derham. Kemudian diringi bacaan doa yang dikepalai Ketua Biro Agama UMNO Bahagian Indera Mahkota, Drs Ustz Norazli bin Aziz. Majlis di mulai juga dengan bacaan AlQuran oleh Qori jemputan. Selepas daripada itu, perwakilan bangun, menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu parti dengan penuh semangat waja.
Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato` Hjh Ramlah bt Kassim menyatakan bahawa, Dalam pilihanraya umum yg ke 13 kelak, Pergerakan Wanita UMNO IM berikrar akan memberikan sokongan padu untuk memenangi hati pengundi, melalui perlaksananaan pendekatan yang diketengahkan oleh parti pimpinan baru.

"Wanita juga akan menyusun jentera wanita UMNO baik cawangan mahupun di bahagian, dan dgn penuh yakin akan dapat membantu mendapatkan kemenangan kpd calon2 BN bagi DUN Semambu dan DUN Beserah,dan bg parlimen IM.Yakinlah, bersama kita berdoa kehadrat Allah agar ia…………………….bhw nadi perjuangan wanita UMNO IM akan terus kukuh dlm diri wanita UMNO dan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa....."

Beliau juga telah terlantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga peringkat Parlimen di bawah pimpinan Dato`Seri Sharizat Abd Jalil, berikrar akan memastikan banyak program dan pendekatan yang akan dilakukan untuk memenangi hati rakyat dan memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Manakala Ybhg Encik Azmi selaku Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, mengulangi ikrar melalui wanita UMNO Bahagian Pekan yang menjadi pemerhati hari itu, supaya Sampaikan salam kpd Dato` Seri Najib dan sampaikan bahawa: UMNO Indera Mahkota pemuda, wanita, putri tetap menyokong kepimpinan YAB. Kita akan jaga seperti menyemaikan pokok, hasilnya kita akan kongsi bersama2 generasi anak-anak kita.

Beliau juga mengajak perwakilan menfokuskan segala kegiatan dan aktiviti UMNO ke arah bersedia menghadapi pilihanraya ke 13, mcmana kita nak memenangi kembali Parlimen Indera Mahkota dari tangan pembangkang. Secara spontan beliau menutup ucapan dengan pantun dua kerat:
Daun selasih, ikan puyu, terima kasih i lov u,

pantun dijawab oleh Puan Maznah selaku MC pada hari itu:

Jarang jumpa tapi teringat
Ingatan tetap tersemat dihati
Marilah kita ingat mengingat
Kuatkan semangat perteguhkan parti
Indera Bayu