Saturday, August 29, 2009

KEMENANGAN YANG DIRIDHOI......

KEMENANGAN YANG DIRIDHOI......

Oleh : Indra Bayu

Kita telah pun berada pada 10 hari pertama bulan Ramadhan Al Mubarak. Pertama dan utama sekali, kita mesti bersyukur kehadrat Allah swt kerana Allah telah memilih kita untuk meneruskan kehidupan melalui bulan yang penuh berkah ini.

Kalau tak salah, dalam sebulan dua ni ada saja berita pemergian sedara mara kita kehadrat Allah swt, hingga kadangkala membuatkan kita rasa tersentak dan sangat terkejut. Macam susah nak percaya. Asbabnya meninggal kerana sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, stroke, dan yang terbaru, kerana jangkitan penyakit selsema babi. Seolahnya maut terasa semakin mengintai manusia dimana dan pada bila masa sahaja.

Namun, yang pergi tetap pergi, tidak akan kembali lagi. Mereka telah ditakdirkan untuk tidak sempat melalui bulan yang mulia ini, walaupun dulunya mereka sering berdoa supaya dipanjangkan usia. Allah lebih sayangkan mereka. Ramadhan tahun lepas adalah ramadhan yang terakhir untuknya. Tarawikh tahun lepas adalah tarawikh yang terakhir dalam hidup mereka. Sapa sangka......

Kita ni, alhamdulillah, masih sihat dan masih mampu melaksanakan ibadah puasa, mengisi bulan ini dengan sebanyak-banyaknya amal kebajikan dan mendekatkan diri kehadrat Allah sawt. IB nak ingatkan diri dan saudara seperjuangan semua....,janganlah kita sia-siakan peluang yang dianugerahkan Allah ini. Sapa tahu, mungkin ramadhan tahun ini, merupakan ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Sebab itu, rugilah kita kalau kita masih berdegil dengan malasnya kita untuk memperbanyakkan amal-amal soleh di bulan yang mulia ini.

Selepas 10 hari menjalankan ibadah puasa nanti, kita akan menyambut pula hari kemerdekaan yang 52 Tahun. Pasti ada hikmah yang besar, mengapa Allah swt mentakdirkan rakyat Malaysia dan umat islam khususnyam sambutan tersebut pada 10 malam pertama bulan Ramadhan. Rasulullah saw menyatakan bahawa:

“Awal Ramadhan itu adalah Rahmah, pertengahannya Magfirah (keampunan) dan diakhirnya nanti terlepas dari azab api neraka...”

Pertamanya, selain kita merayakan hari kemerdekaan, terlebih dahulu kita mesti merdekakan jiwa kita dari penjajahan hawa nafsu, kesyaitanan dan kehaiwanan serta kesenangan duniawi semata. Selama 11 bulan kita makan yang lazat, minum yang enak, tidur yang lena, adakalanya kita tidak hiraukan balu dan anak-anak yatim piatu. Sebab itu Ramadhan ini datang terlebih dahulu. Apaguna kita merdeka dari segi fizikal, tetapi dalam masa yang sama, jiwa kita dijajah oleh rasa tamak haloba, bersikap rakus. Suka menipu, merampas hak orang lain, membinasakan orang lain dan sebagainya.

Pada ambang Ramadhan yang lalu, dunia menyaksikan pilihanraya kecil Kampung Permatang Pasir. Semuanya sudah berakhir. Kita menerima kekalahan itu dengan redho atas takdir Allah. Mungkin ada hikmahnya, mereka yang kalah harus bersabar dan redho menerima ketentuan. Mereka telah berusaha, jentera UMNO juga telah bertungkus-lumus, cuba untuk menang dan merampas kerusi tersebut dari PAS. Bagi mereka yang menang, tahniahlah.......itu juga ujian buat mereka yang menang. Kotakanlah janji sepanjang kempen tersebut. Indera Bayu rasa sangat kecewa terutama setelah mengenalpasti kekalahan UMNO dan kemenangan yang diperolehi oleh PAS dan kompenen Pakatan Pembangkang. Indera Bayu beranggapan kemenangan PAS itu adalah kemenangan yang palsu. Kemenangan yang fatamorgana. Menang sorak, kampung tergadai.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir telah berakhir dan keputusannya jumlah undi PAS turun walaupun memenangi dengan majoriti 4,551 undi. PAS berjaya memperolehi 9,618 undi manakala BN pula meraih 5,067 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 12, PAS memperolehi 11,004 undi mengatasi BN yang mendapat 5,571 undi. Majoriti pada ketika itu ialah 5,433 undi.

Jika ditolak jumlah majoriti yang diperolehi PAS pada PRK Permatang Pasir iaitu 5,443 undi dengan majoriti yang diperolehi PAS semasa PRU 12 iaitu 4,551 undi, bermakna terdapat turun penurunan sebanyak 882 undi.

Manakala jumlah undi PAS terdapat penurunan sebanyak 1,386 undi jika dibandingkan keputusan PRU 12 mendapat 11,004 undi dan hanya 9,618 undi pada PRK Permatang Pasir.

BN pula mendapat 5,571 undi pada PRU 12 dan 5,067 undi pada PRK Permatang Pasir bermakna penurunan sebanyak 504 undi.

Tengok darisegi angka, nampaknya dah ada signal yang positif, ada angin perubahan yang sedang melanda pengundi-pengundi kita. Mereka dah mulai sedar Pakatan Rakyat berjuang untuk menang dan melengkapkan agenda segelintir pemimpin mereka. Kalau tidak, takkanlah sebanyak itu berlaku penurunan undi.

Sebelum menjelang pilihanraya kecil yang lalu, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Mursyidul `am PAS, Dato` Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam pilihanraya kali ini, jangan hentam pribadi calon. Tapi, apa yang telah berlaku?

PAS dan Pakatan Rakyat telah melanggar arahan ini, mereka menghalalkan gerak kerja ala-Zionis, yakni matlamat menghalalkan cara, demi kemenangan Islam, perkara yang haram akan jadi halal. Mahfuz dan kuncu-kuncunya telah menyerang pribadi Rohaizat habis-habisan. Mereka membuka aib calon, hinggakan kisah rumahtangga, isteri kedua Rohaizat diseret ke atas pentas kempen politik supaya memenangkan satu-satunya HIZBULLAH atas muka bumi ini. Mengaibkan sesama muslim itu jelas hukumnya haram. Rasulullah saw menyatakan:

Barangsiapa menutup aib seorang muslim lain, Allah swt akan menutup aibnya di akhirat nanti...”

Begitu juga Rasulullah saw pernah bersabda, yang bermaksud;

“Barangsiapa membuka aib saudaranya, sedangkan saudaranya itu telah bertaubat dari dosanya, Allah tidak akan matikannya kecuali dia mati dalam keadaan melakukan apa yang diaibkannya terhadap saudaranya itu...”

Indera Bayu bukan nak sangat bercakap soal politik PAS yang semakin hari semakin mengelirukan masyarakat. Kenapa Haji Hadi dan Nik Aziz tunduk dengan cara gerakan Anwar Ibrahim ni...sedangkan ada Quran Hadis yang boleh jadi kayu ukur, betul atau tidak sesuatu tindakan yang dilaksanakan atas namakan ISLAM?. Kemenangan PAS tidak berkat, kerana apa? Kerana kemenangan yang dibina diatas menghalalkan larangan Allah taala.

Jadi, Ramadhan merupakan bulan dimana umat Islam meniti dan mengharungi tangga-tangga menuju puncak kemerdekaan yang hakiki: Rahmah, Magfirah dan Itqub minan Nar (terlepas dari api neraka Allah).

Keduanya, bukan sekadar nak merdeka fizikal, tetapi merdeka dari belenggu prilaku, akhlaq mazmumah (tercela). Apaguna merdeka tanahair dari penjajah tetapi akhlaq dan perangai kita sombong, ego, irihati, dengki, mementingkan diri sendiri, bakhil, kedekut, berbalah, bermusuh, berpecah, sesama mereka saling mencela, mengumpat, mengadu domba dan lain sebagainya. Sebahagiannya sanggup menjual kemerdekaan negara kepada musuh asalkan dapat merampas kepimpinan. Apabila tidak puas hati, ramai-ramai turun ke jalanraya, terjerit terpekik, bakar dan musnahkan apa yang ada. Ini kah kemerdekaan?. Bukankah itu akhlaq penjajah. Buat apa kita suburkan perangai penjajah?

Ketiganya, kita juga mesti merdekakan diri/bangsa dari budaya dan pandangan hidup HEDONISMA (serba seronok). Apaguna negara merdeka tetapi pemuda-pemudinya bejat; suka bergaul bebas, merempit, gangster, membazir masa dan wang, semata memburu keseronokan dunia secara berlebih-lebihan. Rasuah dipertahankan, manakala kebaikan dibunuh. Apatahlagi, mereka membuang langsung budaya Melayu Islam dan menggantikannya dengan cara hidup dan budaya penjajah. Ini bermakna kita masih belum merdeka dalam ertikata yang sebenarnya.

Indera Bayu akan memperkatakan terus mengenai agama dan politik, berbicara mengenai cara menyambut kemerdekaan yang dianjurkan Islam. Bertemu lagi di blog ini, pada kesempatan yang lain.

Tuesday, August 11, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTA

Ni......pasei apa suka duduk menyendiri ni..Kak ju kite, salah sorang urusetia bahagian yang menjadi nadi kerja-kerja bahagian.....selamat majujaya...
Mana godong-godong lain ni.......turut hadir di majlis perasmian

Bacaan Al Quran oleh Qori jemputan

Bacaan doa oleh Ketua Biro Agama UMNO Bahagian Indera Mahkota.......doanya bolehlah dimuatkan dalam blog ni, supaya kita hayati bersama....Amin

Dimana saja, agenda pembangunan rakyat tetap menjadi matlamat


Tahniah dan selamat meneruskan perjuangan
Pagi yang sibuk........

Fokus kita memenangi hati rakyat di Indera Mahkota

Setiausaha UMNO Bahagian Indera Mahkota yang berpengalaman

Tak kira penat lelah dalam perjuangan..........



Ucapan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota yang menyuntik semangat, menyedar realiti dan tanggung jawab bersama.........

Tugas dan peranan urusetia bahagian yang tidak kurang penting

Tokoh kepimpinan putri yang sedang menanjak naik dipersada politik, pengalaman yang luas dalam politik.......watch out with ur smile!

Tokoh yang punya pengalaman luas dalam politik, sifat keibuan dan tawadhu`menjadikannya dihormati kawan, dicemburui lawan.


Senyuman dan tawa itu menghilangkan penat setelah berjuang........ye ke?





Blog mana nak dimasukkan gambar kami ni....?



Ketua wanita UMNO Pekan



Ketua-ketua cawangan yang hadir

Barisan hadapan.....

nak mula dah ni......

pentas acara

Apa khabar semer.......
Beramah mesra dengan perwakilan yang lain........

Bonda bersama Qori jemputan

Dah sampai dah.....
perwakilan yang hadir
Bonda mera`ikan perwakilan yang hadir

Orang kuat kite, En Rahman Muhammad mewakili AJK UMNO Bahagian Indera Mahkota

perjuangan masih perlu diteruskan

Mengambil berat dengan permasalahan parti dan negara

Sidang perwakilan yang hadir

Dato`Su tidak lupa mera`ikan yang hadir, sikap rendah diri beliau membezakan beliau dari pemimpin yang lain.


PERASMIAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTA KALI KE ENAM

oleh Indera Bayu

Pagi lagi Indera Bayu dah sampai diperkarangan kompleks pusat dagangan Indera Mahkota. Kelihatan wanita UMNO sedang bersarapan di ruang yang telah disediakan. Kelihatannya, pada riak-riak wajah mereka penuh optimis, semangat kental memperjuangkan parti, agama dan bangsa. Memang sejak dulu lagi, Indera Bayu difahamkan Pergerakan Wanita UMNO dibawah pimpinan YH Dato` Hjh Ramlah Kassim begitu aktif dan usaha mereka banyak menyumbang kepada kemenangan BN di Indera Mahkota. Pendek kata, usaha pergerakan wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota tidak boleh dipandang kecil. Bahkan usaha pergerakan mereka menentu dan mencorakkan lanskap kesinambungan Barisan Nasional.

Sebaik Ybhg Encik Azmi, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota sampai, perwakilan berdiri, berselawat dipandu oleh bonda Aziza Derham. Kemudian diringi bacaan doa yang dikepalai Ketua Biro Agama UMNO Bahagian Indera Mahkota, Drs Ustz Norazli bin Aziz. Majlis di mulai juga dengan bacaan AlQuran oleh Qori jemputan. Selepas daripada itu, perwakilan bangun, menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu parti dengan penuh semangat waja.
Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota, Dato` Hjh Ramlah bt Kassim menyatakan bahawa, Dalam pilihanraya umum yg ke 13 kelak, Pergerakan Wanita UMNO IM berikrar akan memberikan sokongan padu untuk memenangi hati pengundi, melalui perlaksananaan pendekatan yang diketengahkan oleh parti pimpinan baru.

"Wanita juga akan menyusun jentera wanita UMNO baik cawangan mahupun di bahagian, dan dgn penuh yakin akan dapat membantu mendapatkan kemenangan kpd calon2 BN bagi DUN Semambu dan DUN Beserah,dan bg parlimen IM.Yakinlah, bersama kita berdoa kehadrat Allah agar ia…………………….bhw nadi perjuangan wanita UMNO IM akan terus kukuh dlm diri wanita UMNO dan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa....."

Beliau juga telah terlantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Dan Keluarga peringkat Parlimen di bawah pimpinan Dato`Seri Sharizat Abd Jalil, berikrar akan memastikan banyak program dan pendekatan yang akan dilakukan untuk memenangi hati rakyat dan memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Manakala Ybhg Encik Azmi selaku Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, mengulangi ikrar melalui wanita UMNO Bahagian Pekan yang menjadi pemerhati hari itu, supaya Sampaikan salam kpd Dato` Seri Najib dan sampaikan bahawa: UMNO Indera Mahkota pemuda, wanita, putri tetap menyokong kepimpinan YAB. Kita akan jaga seperti menyemaikan pokok, hasilnya kita akan kongsi bersama2 generasi anak-anak kita.

Beliau juga mengajak perwakilan menfokuskan segala kegiatan dan aktiviti UMNO ke arah bersedia menghadapi pilihanraya ke 13, mcmana kita nak memenangi kembali Parlimen Indera Mahkota dari tangan pembangkang. Secara spontan beliau menutup ucapan dengan pantun dua kerat:
Daun selasih, ikan puyu, terima kasih i lov u,

pantun dijawab oleh Puan Maznah selaku MC pada hari itu:

Jarang jumpa tapi teringat
Ingatan tetap tersemat dihati
Marilah kita ingat mengingat
Kuatkan semangat perteguhkan parti
Indera Bayu

Wednesday, August 5, 2009

PAHANG BERTUAH.....

Pemimpin yang kita sayangi
membawa rakyat Malaysia ke mercu kecemerlangan

Ucapan perasmian yang akan merubah lanskap gerak kerja masyarakat maju

Santai tapi penuh bermakna

Pengacara yang bernas, bertenaga dan menyentuh semangat hadirin

Harapan dan sokongan yang tidak berbelah bagi

Tanggung jawab yang besar membentuk masa depan

Kata-kata yang semakin dikotakan.....

Optimis bukan pesimis

Tanpa menghiraukan penat jerih






Ucapan alu-aluan yang membuka minda rakyat

sesak dan padat




menyambut pemimpin yang disayangi


kalah menang dimedan tempur, bergantung penguasaan informasi


Akan ditandatangani sekejap lagi



mercutanda

disini bermula....
Semoga Pahang terus maju dan membangun

Sesuatu yang penting, liputan oleh media perdana

PAHANG BERTUAH….

Perasmian Inisiatif MSC Malaysia Pahang

Satu lagi kejayaan yang diukir di negeri Pahang, Darul Makmur. Dewan Putra Square penuh sesak dengan kehadiran ribuan rakyat Pahang. Indera Bayu sampai di legaran Putra Square sekitar jam 4.30 petang. Penuh sesak dengan hadirin, nak parking kereta pun payoh amat!. Setengah jam terpusing-pusing cari lot parking.

Perasmian ini juga sangat penting, menandakan negeri Pahang maju lagi setapak ke depan, mungkin mendahului negeri-negeri lain di Malaysia.

Memang betul kata YAB Dato`Seri Najib, orang yang tidak membudayakan teknologi sebagai access maklumat seharian, akan ketinggalan jauh di belakang. Kalau dulu, bangun pagi tak baca suratkhabar kita rasa hidup hari tu kurang lengkap, tapi hari ini, bangun pagi kalau tak tengok email, dia akan terpencil dari segala maklumat. Sebab itu kata YAB Dato`Seri, kita hendaklah menjadikan MSC jenjang budaya kehidupan.

Indera Bayu rasa sangat bertuah menjadi rakyat Pahang, kita akan menyaksikan kemajuan yang begitu hebat apabila kerajaan negeri Pahang menerima fasiliti pemprosesan maklumat melalui laluan jalur lebar yang berkecepatan tinggi. Bayangkan dengan satu klik dihujung jari pembangunan lebih segera dapat dilaksanakan demi untuk rakyat Pahang khususnya. Dah sampai masa rakyat Pahang didedahkan dengan teknologi, Multimedia SuperCorridor ini.

Lebih jauh lagi, Indera Bayu `klik` kan pada peristiwa isro` dan mi`raj yang lalu. Semua ustaz, kiyai, alim ulama` menyebutkan bahawa tanpa naik BUROQ pun Rasulullah saw boleh sampai ke Masjidil Aqso, seperti nabi berjalan kaki ke Madinah dalam peristiwa hijrah yang terkenal itu. Kenapa nabi tak naik buroq jugak? Ada mesej yang Allah nak ajar umat Islam.

Malangnya masjid AlAqso yang diceritakan dalam peristiwa itu, pada hari ini berada dalam cengkaman Yahudi Laknatullah. Sedangkan inilah Masjid yang menjadi kiblat pertama umat islam dan dalam bulan Sya`ban jugaklah Allah perintahkan supaya dilakukan pertukaran kiblat ke Masjidil Haram. Masjid itu lambang MARUAH umat islam. Tapi apa yang telah kita lakukan demi menebus kembali maruah umat islam itu? Kita masih berpeluk tubuh, sibuk berpecah belah, demontrasi sana-sini wujudkan kekacauan yang akhirnya akan semakin melemahkan umat islam.

Dengan kecepatan BUROQ itu nabi sampai ke Masjidil Aqso, ini bermakna........tanpa penguasaan teknologi, umat islam tidak akan dapat membebaskan masjid yang mulia itu, dan umat islam tidak akan mampu menentang musuh-musuhnya terutama Yahudi.

Inilah agenda MULIA yang terkandung dalam perlaksanaan MSC ini. Kita perlu kuasai maklumat. Kita perlu memperkasakan agama dan bangsa. Tanpa menguasainya, perkara wajib tidak akan mampu kita laksanakan. Kita juga mesti bersatu, bersatu sesama muslim, dan bersatu dalam konteks sebuah negara berdaulat, sesuailah dengan gagasan 1 Malaysia tu.

Firman Allah swt:
“Hendaklah kamu bersiap siaga, sekadar kemampuan kamu menyediakan kekuatan-kekuatan dari tentera-tentera berkuda yang mampu menakutkan musuh kamu dan musuh-musuh Allah...”

Pecah-belah adalah senjata yang ampuh untuk memundurkan sesebuah negara. Malangnya, segelintir kita yang memandang remeh soal ini. Mereka sanggup diperalatkan oleh musuh-musuh luar untuk `menjahanam`kan bangsa dan negaranya sendiri. Lebih malang lagi, pengkhianat-pengkhianat ini diangkat oleh mereka jadi pemimpin oposisi sebagai mewakili kebejatan mereka. Inilah pengkhianat-pengkhianat terhormat......yang berselindung disebalik keadilan dan bertopengkan agama......

Indera Bayu