sayangkan agama dan bangsa
kepimpinan bahagian yang hadir
selagi nadi masih berdenyut
Turut hadir En Abd Rahman Mohamad
industri yang lain di hari Terbuka Kolej Komuniti
Indera Bayu juga mengucapkan tahniah kepada Encik Yusri selaku Ketua Biro ICT UMNO Bahagian Indera Mahkota, sebagai mewakili Bahagian Indera Mahkota menandatangani perjanjian tersebut. Indera Bayu difahamkan bahawa melalui perjanjian ini, akan memberi jaminan kepada bakal lepasan kolej tersebut peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka apabila telah selesai nanti.
Ini akan membantu industri-industri tersebut dalam menyediakan tenaga-tenaga mahir dalam setiap sektor kemahiran industri pada masa yang akan datang. Melalui MOu ini jelaslah kesungguhan kerajaan yang ditulang belakangi oleh UMNO menyediakan tenaga-tenaga pakar dalam membangunkan bangsa dan tanahair. Ini juga akan mengurangkan pengangguran, terutama dikalangan lepasan kolej mahu pun graduan Universiti.
Lihatlah bukti-bukti yang jelas bagaimana kerajaan prihatin mengutamakan pencapaian dan mendahulukan rakyat......UMNO dan BN terus memastikan prestasi kemajuan dan mengutamakan rakyat terus dilaksanakan sesuai gagasan 1 Malaysia. Sudah tentu hasil daripada usaha ini akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Indera Bayu berpandangan, ini juga adalah kerja-kerja Islam, walaupun tidak dilabel dengan nama Islam. Kadang-kadang pembangkang tidak dapat melihat usaha-usaha ini sebagai kerja-kerja amal, amal-amal soleh. Sekurang-kurangnya agenda pembangunan ummah telah dilaksanakan. Bukan sekadar retorik sahaja. Atau sekadar lepas tangan, menutupi kelemahan dengan `menjahanam`kan apa sahaja!. Ini politik orang putus asa...
Indera Bayu
Good information and very nice pictures
ReplyDeleteGet More Details