Wednesday, August 5, 2009

PERASMIAN KILANG MULTICIPTA ENGINEERING SDN.BHD.

Ucapan perasmian oleh YB Dato`Hj Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Encik Zamri bin Hasan, Pengarah Syarikat Multicipta Engineering Sdn.Bhd.

membentuk wawasan yang jelas untuk membela nasib rakyat

Encik Ab Halim bin Muda, Pengarah MARA Negeri Pahang

Ybhg Encik Mohamad bin Samion, Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Tuan Haji Abd Wahab bin Jahiya, Timbalan Pengarah Kanan Bhgian Pembangunan Usahawan MARA
YB Dato`Wan Rosdi bin Wan Ismail,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang
Menjawab pertanyaan wartawan
Menjawab pertanyaan wartawan
Hasil produk usahawan bumiputra yang berteraskan kemajuan engineering
Hasil usaha anak melayu tempatan
Optimis dengan usaha pembangunan bumiputra
simbolik perasmian kilang
Dorongan dan semangat untuk hasil usahawan muda

Diantara yang hadir

cenderahati untuk pemimpin terhormat

Replika cek untuk usahawan melayu terpilih

gerai produk usahawan tempatan

ucapan yang telah menyuntik semangat ingin bersaing dikalangan usahawan bumiputra

tumpuan oleh hadirin kepada ucapan YB Dato`

hadirin dan usahawan tempatan
Ayolah menyahut cabaran globasisasi

UMNO membela usahawan bumiputra

Perasmian Kilang Multicpta Engineering Sdn Bhd.

Jam 4.00 ptg Indera Bayu sampai di perkarangan kilang berkenaan, terletak di kawasan perindustrian Indera Mahkota 14, dan ketika Indera Bayu sampai, majlis sudah pun bermula. Agak lambat sikit kerana tercari-cari dimana kedudukan sebenar kilang Multicipta ini. Ada sedikit rasa kesal kerana selama ini secara tidak sedar, terdapat satu lagi kawasan perindustrian yang lain selain di Indera Mahkota 3. Dan lebih malang lagi, tidak ramai yang tahu bahawa di Indera Mahkota ini terdapat sebuah kilang yang dibangunkan oleh usahawan Melayu. Indera Mahkota semakin membangun, Indera Bayu kurang ambil tahu mengenai kemajuan industri di Indera Mahkota ini.

Sebaik Indera Bayu sampai, YB Dato`Hj Hasan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah baru sahaja memulakan ucapan perasmiannya. Diantara teks ucapan beliau berbunyi begini:

“......Wujudnya Kilang MultiCipta Engineering Sdn Bhd. Ini ia menjadi satu simbol kejayaan pihak MARA untuk mewujudkan masyarakat bumiputra perdagangan dan perindustrian bumi putra telah berjaya. Wujudnya Kilang Multicita Engineering ini juga jelas membuktikan bahawa usahawan-usahawan bumiputra memangnya mampu berjaya jika diberi dorongan dan bantuan yang sewajarnya.....”

Sejarah orang Melayu, bangsa Melayu ini suatu ketika dahulu adalah masyarakat Melayu pedagang Antarabangsa, iaitu dimasa Kesultanan Melayu Melaka, ketika itu ramai pedagang-pedagang yg mampu berurusan dagang secara global/antarabangsa, iaitu dengan China, India, Parsi dan sebagainya. Ini menunjukkan bangsa kita mampu menjadi pedagang Antarabangsa.Begitu juga dengan adanya Kilang Multicipta Engineering menunjukkan orang Melayu mampu berniaga secara besar-besaran....”

Ulasan:
Indera Bayu tumpang bangga apabila dapat tahu, Encik Zamri Hassan adalah pengasas wujudnya kilang engineering ini. Diatas dorongan MARA yang tidak henti-henti memberikan semangat yang tidak pernah luntur kepada usahawan-usahawan bumiputra.

Menurut beliau lagi:
Kementerian sangat mengalu-alukan usahawan-usahawan bumiputra, berkecimpung dalam sektor perkilangan yang sememangnya dikuasai oleh bangsa lain.Pembukaan Kilang Mulcipta Engineering ini adalah sebagai mercutanda usahawan bumiputra mampu untuk melangkah lebih jauh ke peringkat global.Kejayaan Multicipta Engineering ini boleh dijadikan rujukan dan pembelajaran kepada semua pihak terutamanya yang ingin berkecimpung dalam industri ini.

Beliau juga minta pihak media kena war-warkan kejayaan bangsa Melayu, sungguhpun yang berjaya boleh dibilang, tapi ini adalah simbol kemampuan, kebolehan usahawan muda kita, yang rata-rata datang dari kawasan luar bandar.

Pembangkang kerjanya, hanya melihat kelemahan kita. Ini kena diwar-warkan kerana ini kejayaan bangsa kita.

Kadangkala orang kita ramai yang lupa, bahawa dia berjaya adalah kerana dasar kerajaan kita, kerana fokus kerajaan untuk melihat usahawan Melayu berjaya. Kerajaan berikan biaya untuk belajar luar negara, apabila dah berjaya, dan pulang ke tanahair sebagai pembangkang kepada usaha-usaha kerajaan.

Sebab itu, kita telah sampai kepada satu peringkat, bahawa YAB Dato` Seri Najib melihat bahawa apa yang MARA buat ini, pencapaiannya mesti diutamakan. We want to make sure that whatever money we spent, it will be spent wisely and effectively. Inilah hasrat YAB Perdana Menteri.

Ulasan:
Sebenarnya ucapan YB Dato`masih panjang lebar, dan terlalu banyak kata-kata semangat yang diberikan kepada usahawan-usahawan muda, sebagai suntikan semangat, supaya bangkit menyahut cabaran dan menghidu banyak peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Kepada usahawan-usahawan yang sedang membangun, beliau menasihatkan mereka supaya melihat kejayaan Rasulullah saw dan para sahabat yang berjaya dalam perniagaan. Mereka amalkan konsep yang dibawa oleh Rasulullah saw. Iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fatonah.Inilah kunci kejayaan dalam perniagaan.

Begitulah sedikit ucapan beliau. Turut sama hadir di majlis itu adalah; YB Dato`Wan Rosdi bin Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Ybhg Encik Mohamad bin Samion, Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Encik Ab Halim bin Muda, Pengarah MARA Negeri Pahang, Tuan Haji Abd Wahab bin Jahiya, Timbalan Pengarah Kanan Bhgian Pembangunan Usahawan MARA, Encik Zamri bin Hassan, Pengarah Syarikat MulyiCipta Engineering Sdn Bhd. Turut hadir Ketua-ketua agensi Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, ahli-ahli pengurusan MARA, Pelatih-pelatih MARA dan lain-lainnya.

Ulasan Indera Bayu,
Jadi, dimana dakwaan pembangkang kerajaan yang ditulang-belakangi oleh UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membela nasib bumiputra Melayu? Adakala ibubapa pelatih MARA itu sendiri adalah juga aktivis Barisan Alternatif. Kan tak mengenang budi tu namanya...

Ayuhla kita berpijak pada bumi yang nyata. Hentikanlah segala demontrasi dan kacau bilau yang akhirnya akan menjadikan rakyat miskin dan mundur ke belakang. Kerajaan telah berbuat banyak demi menjamin kesejahteraan anak-anak generasi kita yang akan datang. MARA sedia membantu mereka menjadi usahawan, andainya mereka memilih dadah dan memilih hidup cara Mat Rempit, takkan nak salahkan kerajaan pulak. Itu tanggungjawab Mak Bapak!.

Jadi, marilah kita pakat sokong usaha-usaha yang dilakukan kerajaan, ketepikan fahaman kepartian, maju ke depan bina masa depan yang lebih terjamin untuk anak-anak generasi kita yang akan datang. Sekurang-kurangnya, mereka punyai penempatan hidup yang lebih sejahtera berbanding kita hari ini, setelah kita tidak wujud di alam ini lagi.....

Indera Bayu

No comments:

Post a Comment